Makanan Popular di Muar



MUAR (Muo) merupakan salah satu bandar tertua di Johor yang terletak di Kuala Sungai Muar bersempadan dengan Negeri Melaka. Muar juga merupakan salah satu syurga makanan yang enak dan murah. Rugi rasanya jika anda datang ke sini tanpa merasai keenakan makanan yang menjadi daya tarikan di sini. Di sini saya perkenalkan beberapa tempat makan popular yang menjadi pilihan orang ramai yang patut anda kunjungi serta merasainya sendiri.


1. Medan Selera Ikan Bakar Sabak Awor

Apabila anda sampai Muar sebut sahaja Medan Ikan Bakar Sabak Awor semua orang tahu kerana di sana terkenal dengan makanan laut yang segar. Terdapat pelbagai pilihan makanan laut seperti ikan, ketam, udang, sotong, kerang, dan sebagainya. Gerai Ikan Bakar Wak Jos menjadi pilihan orang ramai di Medan Ikan Bakar Sabok Awor ini. Nak tahu kenapa ramai orang pergi ke Gerai Wak Jos, anda kenalah datang dan cuba sendiri. Menu wajib yang patut anda cuba adalah ikan siakap 3 rasa, sotong goreng tepung, dan ketam black pepper.




Alamat: Jalan Cahaya, Sabak Awor, 84000 Muar
Nombor Telefon: 07-7635623
Waktu Operasi: Malam sahaja
Info: Medan Ikan Bakar Sabak Awor

2. Kedai Mee Bandung Muar Abu Bakar Hanipah

Mee Bandung Muar adalah menu yang mesti anda cuba bila sampai ke Muar. Rasa asli mee bandung original Muar boleh didapati di Kedai Mee Bandung Muar Abu Bakar Hanipah. Sesiapa sahaja pasti akan teringat-ingat akan keenakan rasa asli mee bandung ini kerana kuahnya yang pekat dan likat. Yang istimewa mee bandung ini adalah perencahnya dibuat sendiri oleh pengusaha kedai. Anda juga boleh masak sendiri di rumah kerana perencahnya turut dijual di sini. Mee bandung Muar ini pasti akan menjadi kegilaan anda.




Alamat: 9A, Jalan Abdullah, 84000 Muar
Nombor Telefon: 012-2642720
Waktu Operasi: 7.00 pagi – 4.00 petang
Info: Kedai Mee Bandung Muar Abu Bakar Hanipah


3. R&H Cafe Sate Maharani

Restoran ini agak unik kerana tidak menyediakan buku menu. Pesanan makanan boleh dibuat berpandukan nama-nama menu yang tergantung di atas bumbung restoran. Hiasan restorannya bukan sahaja unik tapi mempunyai nama menu yang pelik. Antaranya, lontong champion, bahtera kasih yong tafu, tauhu lentok, roti terlajak mandi dan lain-lain lagi. Nama menu sahaja dah membuatkan anda teruja untuk mencuba. Selain itu, sejurus sahaja anda duduk, anda akan dihidangkan sepinggan sate. Sate hanya akan dikira berdasarkan berapa cucuk sate yang anda makan sahaja. Anda pasti tidak akan rugi kerana sate di sini lembut dan sedap! Oleh itu, datanglah ke R&H Café untuk merasainya sendiri.




Alamat: 130-2 Bangunan Mara, Jalan Maharani, 84000 Muar
Nombor Telefon: 016-6253666
Waktu Operasi: 7.30 pagi – 12.30 tengahari (kecuali Jumaat)
Info: R&H Cafe Sate Maharani


4. Sai Kee 434 Cafe

Kepada peminum kopi tegar, anda boleh merasa kopi yang asli di Sai Kee 434 Café. Rasa keaslian kopinya dapat dirasai dengan sekali hirup sahaja. Kopi ini menggunakan teknik pemanggangan yang istimewa dan rahsia kopi menjadi sedap adalah majerin dan gula. Kopi ini bukan sahaja dinikmati oleh penduduk tempatan malah popular di kalangan penggemar kopi di Asia Tenggara. Nikmati cawan pertama anda dan anda akan jatuh cinta dengan rasa keaslian kopi 434 ini.




Alamat: Jalan Maharani, 84000 Muar
Nombor Telefon: 06-9513046
Waktu Operasi: 8.00 pagi – 5.30 petang (Isnin-Jumaat)
Info: Sai Kee 434 Cafe




5. Pak Yahya Asam Pedas

Apabila sampai ke Parit Jawa bolehlah singgah ke gerai Pak Yahya untuk menikmati asam pedas di sana. Hidangan asam pedas di gerai Pak Yahya merupakan antara yang paling famous di Parit Jawa. Gerai asam pedas Parit Jawa terletak berhampiran dengan jeti nelayan di Parit Jawa, Muar, Johor. Asam pedas Muar di sini memang terbaik dan ada keistimewaan rasanya tersendiri. Kalau anda semua nak tau, perlu cuba sendiri. Keenakan dan keaslian rasa asam pedas Muar tidak dapat digambarkan. Selain dapat menikmati hidangan asam pedas anda juga boleh menikmati pemandangan yang cantik di jeti nelayan yang sukar untuk kita jumpa di mana-mana.




Alamat: No. 1 Medan Asam Pedas, MPM, Parit Jawa
Nombor Telefon: 012-2551762
Waktu Operasi: 11.00 pagi – 5.00 petang (Jumaat Tutup)
Info: Pak Yahya Asam Pedas




6. Restoran Murtabak JD Murtabak Sinagpore

Sesiapa yang teringin dan tidak pernah merasa Murtabak Singapore anda tidak perlu susah-susah pergi ke Singapore kerana Murtabak Singapore boleh didapati di Muar. Restoran Murtabak Singapore ini terletak di Tanjung Agas, Muar. Kelainan murtabak Singapore ini berbanding dengan murtabak-murtabak lain adalah rasanya yang sangat sedap, saiznya yang besar serta isi di dalamnya yang padat. Inti di dalamnya adalah daging cincang yang diadun bersama telur dengan menggunakan rempah rahsia menambahkan lagi aroma bau yang mampu memikat sesiapa sahaja.




Alamat: Jalan Kesang, 84000 Muar
Nombor Telefon: 013-693 7589
Waktu Operasi: 11.00 pagi – 12.00 malam (Jumaat Tutup)
Info: Restoran Murtabak JD Murtabak Singapore




7. Muar Soup House

Muar Soup House adalah warisan keluarga yang mula bertapak di Muar sejak 1958 lagi. Yang istimewanya kedai ini adalah menu sup kambingnya yang meletop. Sup kambing di sini adalah yang paling legend di Muar. Sangat rugi bagi sesiapa yang datang ke Muar tidak singgah makan sup legend ini. Terdapat juga menu lain yang membuatkan anda terliur. Sekali rasa pasti anda akan berpuas hati.




Alamat: 47, Jalan Sisi, 84000 Muar, Johor Malaysia.
Nombor Telefon: 016-6655786, 019-7274786, 06-9541786
Waktu Operasi: 24 Jam
Info: Muar Soup House





Cadangan Aishah
Apabila berada di Muar, sehari mungkin tidak cukup untuk anda merasa kesemua makanan dan meneroka apa yang uniknya di Muar. Oleh itu, Aishah pula mahu mencadangkan salah satu hotel yang menjadi pilihan di Muar. Ambillah peluang menginap di Tropicana Boutique Hotel bagi merehatkan badan anda supaya boleh meneruskan perjalanan keesokan harinya.



Tropicana Boutique Hotel

Setelah penat bersiar-siar di Muar, Bandar Diraja ini sudah semestinya anda tercari-cari hotel yang sesuai untuk berehat dan menginap. Jangan bimbang kerana di Muar terdapat pelbagai pilihan hotel. Tropicana Boutique Hotel adalah antara pilihan penginapan yang terbaik untuk anda. Setiap bilik mempunyai televisyen, perkhidmatan Wi-Fi percuma dan khidmat pembersihan harian serta dobi. Hotel ini dilengkapi dengan 29 bilik hotel dan 4 homestay. Yang pastinya Tropicana Boutique Hotel menawarkan tempat eksklusif yang selesa dan harga yang berpatutan kepada anda. Selain itu, Tropicana Boutique Hotel menawarkan sarapan pagi percuma untuk 1 pax di PappaRich dan 2 minuman percuma sama ada kopi atau teh sepanjang penginapan anda.




Alamat: 82-54 Tingkat 2, Jalan Bakri 2, Kampung Kenangan Tun Dr Ismail, 84000 Muar
Nombor Telefon: 06-9519237
Laman Web Rasmi: Tropicana Boutique Hotel
Info: Tropicana Boutique Hotel Muar

Iinformation suorce: http://my.travelmalaysia.me/makanan-popular-di-muar/



Comments

Popular posts from this blog

我的新村- 巴莪 (Pagoh)

我的新村-实郎 (Serom)

我的新村-巴口(Bukit Bakri)